Majlis memperkenalkan gajet baru oleh Apple Inc di Cupertino, California hari ini dimulakan dengan pelancaran Apple Watch 3.
Saiz yang lebih kecil berbanding dua siri sebelum ini menjadikannya selesa dipakai.
Apple Watch 3 datang dengan keupayaan main muzik terus dari peranti disambungkan dengan AirPod.
Bermakna, aplikasi Apple Music akan tersedia terus.Ia akan dijual bermula pada harga AS$329 dengan pra tempahan 15 September ini.Selain itu, anda boleh membuat panggilan terus tanpa menghubungkannya dengan iPhone masing-masing.
Pada masa sama, pemilik Apple Watch sedia ada memperoleh kemaskini WatchOS4 yang mempunyai ciri membaca kadar degupan jantung tepat dan boleh diperoleh bermula 19 September.
Bagi pemain media, Apple memperkenalkan Apple TV 4K yang datang dengan fungsi 4K HDR.
Antaramukanya melalui perubahan drastik manakala spesifikasi dalaman iaitu cipnya sama dengan Apple iPad Pro A10X.
Apple juga kini menawarkan saluran sukan secara langsung dengan Apple TV.
Menariknya, ia juga bertindak sebagai konsol game membenarkan sehingga lapan pemain di seluruh dunia.
Ia akan ditawarkan pada harga AS$179 bermula 15 September ini.