Flickr Feed

Sunday, 15 January 2017

Mate 9 memang mengasyikkan




Sebelum ini, Huawei P9 benar-benar memberi kesan kepada penggunaan telefon pintar apabila kerjasama dengan syarikat pengimejan, Leica membantu menyegarkan fotografi melalui telefon pintar.
Sebab itu, model kedua hasil kerjasama erat Huawei dan Leica melalui Mate 9 memberi nafas lega kepada penggemar fotografi mudah alih dan penguji bersetuju ia menawarkan hasil memberangsangkan untuk kepuasan diri.
Generasi kedua Leica dwi sensor 12MP RGB+20MP monokrom memang mengasyikkan terutama anda mahu mendapatkan gambar monokrom yang detail.
Kali ini, ia mempunyai penstabil imej optikal dan fokus auto hibrid yang banyak membantu dalam fotografi.
Mate 9 datang dengan skrin 5.9 inci bersama warna gamut sehingga 96 peratus selain nisbah kontras melangkau 1500:1.
Bermakna, skrin telefon memang cantik dan ia paparan pada skrin nampak hidup malah saiznya menyaksikan lebih skrin pada bezel seolah-olah ia telefon tanpa sempadan.
Dengan saiz yang hampir sama dengan iPhone, Huawei Mate 9 menawarkan skrin 5.9 inci berbanding iPhone 7 Plus iaitu 5.5 inci.
Setakat ini, Huawei menawarkan warna coklat dan emas untuk pasaran Malaysia namun kalau mahukan kelainan, pilih warna coklat.
Bersama RAM 4GB dan storan 64GB, ia sudah cukup mengoperasikan telefon ini walaupun mungkin saiz fail dalam telefon agak besar.
Mate 9 menggunakan set cip Kirin 960 paling berkuasa (4 Cortex A73 2.4GHz + 4 Cortex A53 1.8GHz) yang bermakna tahap keupayaan telefon ini beroperasi tidak akan menghampakan.
Penguji yang menggunakan telefon ini sudah lebih sebulan masih merasakan ia laju seperti awal penggunaannya meskipun sudah banyak aplikasi dan gambar dimuatkan.
Dalam bacaan Geekbench untuk CPU SoC, Kirin 960 mencatatkan markah 6390 berbanding model lama Kirin 950 (5416), Exynos 8890 (5348) dan Snapdragon 821 (4452).
Membuka aplikasi seperti WhatsApp, YouTube, Facebook, Instagram dan kamera juga pantas.
Telefon ini juga menggunakan data Cat12 4G LTE berkelajuan hingga 600Mbps yang bermakna ia membantu memperoleh rangkaian mudah alih pantas.
Kata Huawei, telefon masih laju meskipun sudah 18 bulan digunakan tapi takkan reviu mahu dikeluarkan selepas tempoh terbabitkan?
Mate 9 mampu bertahan sehari setengah dengan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia menggunakan kaedah super cas (3.5-5V/5A) dan mampu mengecas 58 peratus dalam masa 30 minit.
INFO
HUAWEI MATE 9
• PENGELUAR: Huawei
• PENGEDAR: Huawei
• CIRI: Telefon dengan Leica
• PRO: Kamera cantik, laju
• KONTRA: Bateri patut tahan lebih lama

Gajet Malaysia

About Gajet Malaysia

Perkongsian berkenaan info - info gajet terkini yang menjadi kegemaran semua pihak.

Subscribe to this Blog via Email :