Flickr Feed

Wednesday, 4 January 2017

Samsung akan umumkan Keputusan siasatan Note 7 bulan ini


SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd bulan ini akan mengumumkan keputusan siasatan terhadap punca kebakaran beberapa telefon pintar Galaxy Note 7, menurut akhbar JoongAng Ilbo, hari ini yang memetik sumber tidak dinamakan.
Oktober lalu, syarikat Korea Selatan itu berkata, semua aspek telefon pintar itu akan disiasat dan mencadangkan kejadian itu berpunca daripada gabungan beberapa faktor.
Kejadian Galaxy Note 7 terbakar itu antara kegagalan keselamatan produk yang paling mahal dalam sejarah teknologi.
Samsung turut memberi amaran kejadian ini akan menjejaskan keuntungan operasi sehingga AS$5.1 bilion (RM22.9 bilion) bagi tiga suku berikutan keputusan menghentikan jualan Galaxy Note 7, Oktober lalu.
Pelabur dan penganalisis berkata, ia kritikal bagi Samsung untuk mengenal pasti punca kebakara telefon pintar itu bagi membina semula keyakinan pengguna dan mengelak kesilapan sama diulangi.
Sementara itu, jurucakap Samsung Electronics enggan mengulas mengenai pengumuman itu.

Gajet Malaysia

About Gajet Malaysia

Perkongsian berkenaan info - info gajet terkini yang menjadi kegemaran semua pihak.

Subscribe to this Blog via Email :