Khamis lalu, Google menggemparkan dunia apabila dikatakan bakal menghapuskan Google Drive.
Bagaimanapun, berita itu kurang tepat kerana mereka sebenarnya hanya akan menaik taraf aplikasi Google Drive Mac dan PC kepada versi yang mempunyai lebih banyak fungsi, dipanggil Backup & Sync.
Jangan risau, anda masih boleh menggunakan storan cloud daripada Google Drive dengan cara yang sama.
Cuma versi baru berkenaan akan membolehkan anda melakukan sync folder individu di mana saja pada desktop serta menguruskan muat naik foto pada storan awan anda.
Sokongan untuk aplikasi semasa Google Drive akan berakhir pada 11 Disember dan ia akan ditutup sepenuhnya menjelang 12 Mac 2018.