Flickr Feed

Wednesday, 30 November 2016

Tak semua hanya 'flagship'

Memilih telefon pintar nampak mudah, tapi sebenarnya ia boleh mengakibatkan kerugian besar dan mengganggu emosi sekiranya tersalah pilih.
Kita biasa mendengar produk ‘flagship’ yang ditonjolkan syarikat pengeluar ataupun saranan kawan terdekat, namun melihat harganya mungkin menyebabkan kita mengeluh kerana tidak mampu membelinya.
Tambahan pula, produk flagship mempunyai nilai harga paling kurang RM2,000 itu pun jika anda bertuah.
Nilai flagship dengan kadar tukaran mata wang sekarang mungkin mencecah harga sehingga RM3,500.
Sebab itu kita memerlukan alternatif kepada produk ‘flagship’ ini yang masih menepati atau menghampiri ciri yang ada pada nilai bajet.
Tambahan pula, jika ada yang memperoleh bonus nanti dan ingin berbelanja atau menukar gajet pada hujung tahun boleh mengikut cadangan IT@Metro ini.
Bagi individu yang ingin mendapatkan telefon pintar, tapi masih ragu-ragu dengan pilihan yang ada, barisan produk seperti siri Samsung Galaxy J paling hampir untuk disambar.
Sebelum memilih telefon masing-masing, cuba lihat kegunaan mengikut segmen yang kerap kita perlukan sama ada selfie, wefie, kerap melayan aktiviti ‘online’ atau gajet yang ngam-ngam bajet dalam poket.
Samsung Siri J mempunyai pilihan menepati ciri terbabit, misalnya jika anda minat berselfie atau berwefie boleh mencuba Samsung Galaxy J7 Prime atau J5 Prime.
Kedua-duanya berharga RM1,199 atau RM899 dan mempunyai kamera depan yang cukup baik untuk berbuat demikian.
Apatah lagi dengan mod selfie Wide Selfie yang boleh memuatkan ramai subjek dalam satu gambar jadi kalau mahu lebih enam individu bergambar bersama pun bukan satu masalah besar.
Biasalah apabila tangan sudah cukup panjang merakam foto, mungkin tidak tercapai butang rakam, tapi tidak mengapa kerana telefon ini mengesan gerakan tapak tangan dan merakam foto mengikut isyarat khas.
Kamera depan 8MP dengan apertur f1.9 bagi J7 Prime memang mengagumkan untuk berselfie manakala resolusi 5MP dengan f2.2 untuk J5 Prime pun sudah cukup jika ciri fotografi terbabit menjadi pilihan anda.
J7 Prime mempunyai skrin 5.5 inci FHD TFT manakala J5 Prime pula 5.0 inci HD TFT dengan masing-masing lengkap pemprosesan 1.6GHz octa core serta 1.4GHz quad core pada RAM 3GB serta 2GB.
Manakala jika anda seorang yang gemar beronline dan memilih Facebook, Twitter, Instagram, Snapchat, WhatsApp dan macam-macam lagi, model J7 (2016), J5 (2016) dan J3 (2016) patut jadi pilihan.
Ketiga-tiganya boleh didapati dengan warna emas, hitam atau putih.
Masing-masing dijual pada harga RM999, RM799 dan RM599 dan boleh dikatakan gajet bajet ngam sekiranya mahu agak dekat dengan flagship yang ada.
IT@Metro cadangkan J5 yang berada antara tengah-tengah apabila lengkap mod Penjimatan Data Ultran (UDS) apabila memanfaatkan penggunaan data optimum. Mudah kata, jimat data anda!
Menurut Samsung, UDS membolehkan penjimatan sehingga 60 peratus jika anda pengguna aktif Instagram atau menonton YouTube dengan jimat data sehingga 50 peratus.
Mod UDS dalam siri ini juga memungkinkan penjimatan sehingga 50 peratus penggunaan data menggunakan rangkaian mudah alih dan pada masa menjimatkan jangka hayat untuk bertahan lebih lama.
Kini, anda tidak perlu lagi lokek dengan data dan terlalu asyik mencari WiFi hingga terlupa untuk bersosial di Internet.
Jika anda mempunyai bajet yang ketat, model J2 Prime, J1 Ace dan J1 Mini Prime patut tersenarai dalam pilihan.
Ketiga-tiganya berharga RM499, RM399 atau RM299 saja.
J2 Prime mempunyai warna pilihan emas, perak, hitam atau merah jambu manakala J1 Ace datang dengan hitam, biru atau putih.
Bagi J1 Mini Prime yang paling murah, anda boleh mencuba warna emas, putih atau hitam.
Kalau IT@Metro memilih, kami akan mendapatkan J2 Prime yang berbaloi dengan harganya pada skrin 5.0 inci jenis qHD.
Kamera depan beresolusi 5MP (f2.2) cukuplah untuk berselfie dan masih mempunyai flash LED jika anda berada di pencahayaan yang rendah.
Telefon harga rendah nilai tinggi cukup untuk aktiviti seharian dan rekaannya pun boleh tahan jadi tidaklah nampak terlalu ‘kodi’ di mata orang.
J2 Prime datang dengan pemprosesan 1.4GHz quad core serta RAM 1.5GB dengan kamera 8MP dan 5MP di depan.
J1 Mini Prime pula mempunyai skrin kecil 4.0 jenis WXGA TFT bersama pemprosesan 1.2GHz quad core pada RAM 1GB selain storan dalaman 8GB namun boleh ditambah menjadi 128GB berdasarkan slot kad mikroSD.
Galaxy J1 Ace pula mempunyai skrin 4.3 inci WXGA dengan pemprosesan 1.5GHz quad core selain kamera 5MP (f2.2) dan 2MP (f2.2) dengan kapasiti bateri 1900mAh.

Nafas baru Neffos


Mengorak langkah dalam industri telefon pintar, TP-Link sekali lagi tampil dengan model terbarunya, Neffos Y5.
Berukuran 5 inci dengan resolusi HD 1280◊720, peranti ini hadir dengan pemprosan Qualcomm Snadragon 210 serta dikuasakan oleh Android 6.0 Marshmallow.
Mempunyai bateri berkapasiti 2,130mAh, Neffos Y5 mempunyai 2GB RAM dan 16GB storan. Ia turut menyokong kad mikroSD sehingga 32GB.
Mempunyai tiga warna berbeza, Neffos Y5L pula hadir dengan pemprosesan Qualcomm MSM8209 ARM Cortex-A7 1.1 GHz.
Pemaju memanfaatkan kelebihan sistem operasi Android 6.0 untuk tampil dengan peranti dengan ciri keselamatan lebih tinggi bersama hayat bateri yang lebih panjang.
Dengan RAM 1GB dan storan 1GB, peranti ini lebih sesuai digunakan untuk kegunaan biasa-biasa berbanding melakukan tugasan pejabat atau berkaitan.

Tablet inovasi baru

Selepas memperkenalkan teknologi S Pen tahun lalu, Samsung tampil pula dengan teknologi sama pada Samsung Galaxy Tab A (2016).
Teknologi S Pen yang ditonjolkan pada Samsung Galaxy Tab A (2016) ini sama seperti yang terdapat pada Galaxy Note7, termasuk off-screen memo dan penterjemahan masa nyata.
Untuk keluaran terbaru ini, Samsung Tab A (2016) diperkenalkan sebagai versi tablet yang lebih besar dengan paparan bersaiz 10.1 inci, membuatkan ia sesuai untuk digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk menyiapkan tugasan pekerjaan.
Bagi mereka yang kurang selesa membuat sebarang tugasan harian menggunakan peranti pintar anda, anda bolehlah mencuba tablet ini kerana ukuran tablet ini pasti membuatkan anda selesa untuk menyiapkan tugasan harian.
Berbanding versi sebelumnya dengan sistem operasi Android 5.0 dan skrin 9.7 inci beresolusi 1024 x 768, kali ini, Samsung menampilkan model Samsung Tab A (2016) dengan skrin HD penuh beresolusi 1920 x 1200 bersama versi terbaru Android iaitu Marshmallow atau Android 6.0.
Jika dahulu mereka menggunakan paparan XGA, kini Samsung mempertingkatkan kualiti paparan kepada versi yang lebih baik iaitu WUXGA.
Dengan paparan berkenaan, skrin Samsung Tab A (2016) dilihat lebih teliti pembuatannya untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih jelas dan terang.
Selain itu, tablet ini juga sesuai digunakan untuk menonton filem dan drama, apatah lagi saiznya besar disokong pula oleh pembesar suaranya yang mampu menghasilkan audio menakjubkan.
Samsung Tab A (2016) ini dimuatkan dengan pemprosesan Octa-Core 1.6GHz, 3GB RAM dan hanya 16GB storan dalaman yang terbina didalamnya.
Justeru, untuk menyokong fail-fail yang mempunyai kapasiti besar, anda boleh mendapatkan sokongan kad microSD yang berupaya menyokong kad bersaiz sehingga 256 GB.
Seiring dengan pengenalan ini, antara elemen yang turut Samsung ketengahkan ada Kids Mode.
Mod ini membolehkan anda menyerahkan tablet kepada anak dan membenarkan mereka menggunakannya tanpa menimbulkan kecurigaan.
Apa yang menariknya mengenai mod ini, ia tidak boleh diakses ketika skrin berkunci. Malah, untuk kembali ke mod biasa, ia memerlukan anda untuk memasukkan pin terlebih dahulu.
Jadi, dengan kids mode, kanak-kanak tidak lagi boleh membuat akses sewenang-wenangnya ke enjin carian seperti Google dan Youtube yang boleh menyebabkan mereka terjerumus kepada aktiviti tidak sihat contohnya menonton kartun yang diselitkan dengan unsur lucah.
Untuk kamera pula, Samsung Tab A (2016) mempunyai kamera belakang 8MP dan kamera depan 2MP serta menyokong rakaman video penuh HD (1920 x 1080 piksel) pada kelajuan 30fps.
Lebih seronok, tablet terbabit tidak memerlukan anda untuk mengecasnya terlalu kerap. Ia hadir dengan bateri berkapasiti 7,300 mAh dan mampu bertahan sehingga 13 jam waktu penggunaan.
Bagi yang berhasrat untuk mendapatkan tablet pada harga bawah RM2,000, anda boleh memilih untuk memiliki Samsung Tab A (2016) dalam dua warna pilihan iaitu putih dan hitam pada harga hanya RM 1,794.
INFO
SAMSUNG GALAXY TAB A (2016)
• PENGELUAR: Samsung
• CIRI: Tablet dengan teknologi S Pen
• PRO: Bateri tahan lama
• KONTRA: Storan dalaman hanya 16GB
• LAMAN WEB:www.samsung.com/my 



Samsung Galaxy S8 Bakal Usung Kamera Selfie dengan Kemampuan Autofous

Samsung Galaxy S7 Edge

Berbagai kebocoran mengenai smartphone flagship Samsung Galaxy S8 sudah lama kedengaran, namun ada satu bocoran baru yang menarik dari smartphone tersebut. Menurut sebuah laporan baru yang berasal dari Korea Selatan menyebutkan jika Samsung Galaxy S8 bakal mengusung kamera depan dengan kemampuan autofocus.

Laporan ini melanjutkan dengan detail, dimana kamera depan akan menggunakan jenis encoder dari mekanisme fokus, sebagai lawan motor voice coil yang berlaku. Dalam jenis dari desain ini, aktuator fokus dipasang di sisi lensa bukan di tengah-tengah, sehingga membuat modul kamera memiliki kedalaman lebih rendah. Voice coil motor biasanya digunakan untuk kamera utama, di mana kedalaman merupakan perhatian yang lebih kecil dan bahkan jika itu sulit untuk diterapkan pada kamera belakang, maka bisanya produsen membuat punukan pada kamera belakang, sehingga terdapat tonjolan pada bahagian kamera belakang. Namun hal itu tentu tidak akan diterapkan pada kamera depan, jika kamera depan menonjol dan tidak rata dengan layar, maka hal tersebut akan terlihat sangat aneh. Sayangnya, sumber dari Korea Selatan itu tidak menyebutkan resolusi kamera bagian depan, hanya fitur autofocus saja. Tentunya kita masih menunggu sumber yang lain untuk memastikan fitur tersebut benar-benar diusung oleh Galaxy S8


laptop premium HP Envy 15,


Jom kita mengenali laptop HP Envy 15, peranti serba boleh yang memanfaatkan pelbagai teknologi sekali gus memahami keperluan dan prestasi peranti mudah alih.
Rekaan luarnya memang nampak menawan dengan reka bentuk logam anggun berserta kuasa dan prestasi yang bagus.
Mempunyai ruang storan sehingga 1TB, komputer riba berkenaan memberikan peluang kepada penggunanya untuk menyimpan pelbagai jenis data dan fail, termasuk muzik serta video.
HP Envy beroperasi pada pemprosesan Intel Core i5-6200U generasi ke-6 sudah pasti memberi kelajuan ketika penguji menggunakannya dalam tempoh sebulan ini.
Segala kerja yang penguji lakukan memang berjalan lancar daripada menaip hingga menyunting video.
Selain itu, penguji memanfaatkan laptop ini sebagai sumber hiburan. Mana tidaknya, dengan skrin besar 15.6 inci memang seronok menonton iflix serta Netflix dalam keadaan berbaring di katil atau duduk santai di sofa.
Baterinya pun tahan lama. Hampir sembilan jam masa dihabiskan bagi melakukan pelbagai aktiviti Internet, bermain game yang santai dan kerja harian boleh disiapkan dengan HP Envy 15 ini.
Penguji berjaya mengecas bateri sehingga 90 peratus dalam masa hanya 90 minit apabila peranti dimatikan.
Siapa yang patut memilikinya? Dengan harga bermula RM3,699, ia layak untuk individu yang melakukan kerja harian dengan banyak seperti seorang eksekutif atau pekerja yang kerap ke luar untuk tugasan.
Bagi pelajar pula, jika poket tebal boleh juga kerana ia pelaburan jangka panjang yang baik meskipun saiznya kategori ‘bagak’.

Tuesday, 29 November 2016

Xiaomi Mi Mix Telefon tanpa sempadan


Xiaomi Mi Mix menjadi phablet dengan faktor ‘wow’ apabila sekali pandang memang tidak akan kelihatan dinding telefon kerana ia seolah-olah paparan imej terapung menyerlahkan imej cantik pada skrin.
Mana tidaknya, telefon ini datang dengan nisbah paparan sehingga 91.3 peratus yang menonjolkan tahap inovasi dalam aspek skrin depan tanpa bezel.
Sekali gus, ia bermakna jarak antara skrin dan hujung telefon kini seolah-olah tiada lagi dipamerkan dan penguji yang mencubanya memang mengakui kehebatan peranti ini menampilkan skrin jenis itu yang sebelum ini dilihat pada Sharp Aquos.
Paparan IPS yang hampir tiada bezel ini bagaimanapun hanya cukup untuk 1080p, secara teknikalnya ia 2040 x 1080 piksel yang membolehkannya mempunyai nisbah aspek 17:9 iaitu sedikit lebar berbanding ‘frame’ video yang biasa.
Namun, Xiaomi terpaksa membuang beberapa komponen utama di ruang depan telefon seperti kamera depan dan penerima panggilan yang digantikan dengan inovasi khas getaran bagi mendengar suara pemanggil.
Agak menjengkelkan kalau mahu berselfie kerana penguji terpaksa memusing telefon 180 darjah memandangkan kameranya terletak di bawah berbanding atas seperti kebanyakan telefon biasa, tapi ia bukan isu besar.
Xiaomi Mi Mix memiliki skrin besar bersaiz 6.4 inci dengan resolusi HD penuh dan kalau sudah biasa memang mudah saja menggunakannya.
Meskipun tiada pembesar suara di atas untuk mendengar panggilan, tapi masih boleh menerima atau membuat panggilan seperti biasa dan mendengar suara di pihak sebelah berasaskan getaran suara hasil teknologi Xiaomi.
Uniknya, orang lain masih tidak boleh mendengar panggilan terbabit meskipun suaranya boleh dikatakan datang dari belakang.
Xiaomi Mi Mix memanfaatkan Snapdragon 821 dan RAM 4GB boleh dikatakan lancar. Bagaimanapun, penanda aras Antutu menunjukkannya markah 121270 yang bermakna ia lebih rendah berbanding Mi5s.
Mi Mix menggunakan port USB-C dan baterinya pula berkapasiti 4400mAh. Penguji mampu mengecas dalam tempoh dua jam bagi memperoleh hingga 73 peratus bateri.
Sayang, jika ia dijual secara rasmi di Malaysia sudah pasti menjadi gajet pilihan penguji.

Selfie paling menceriakan dengan Sharp M1.


Selepas menempah nama dalam segmen perkakasan rumah dan barangan elektronik pengguna, kini Sharp muncul dalam segmen peranti pintar bersama model Sharp M1.
Disebabkan Sharp ini asalnya dari Jepun, anda akan nampak rekaan DNA Jepun ID Design yang dibawa selain rekaan ketimuran yang bergaya dan bermutu tinggi.
Selain direka menggunakan pemprosesan Mediatek MT6753, ia juga didatangkan bersama sistem operasi Android v 6.0 Marsmallow dan telefon ini beroperasi pantas. apabila digabungkan bersama RAM 3GB dan kapasiti storan 64GB cukup untuk kegunaan harian.
Memiliki paparan penuh HD, Sharp M1 dibina dengan skrin paparan FHD LTPD berukuran 5.5 inci.
Tumpuan dan pujian perlu diberikan kepada kedua-dua kamera depan dan belakang model ini yang beresolusi 13MP dan mempunyai tahap ‘Sharp’ mengagumkan.
Kamera selfie saja menyerlahkan perincian wajah ceria anda dan ia akan fokus kepada mimik muka dan mengaburkan latar belakang dengan baik.
Malah, kamera depan boleh memuatkan lebih ramai kenalan atau saudara untuk berselfie bersama dengan fungsi 77 darjah selfie.
Bagi memaksimumkan penggunaan pengguna, anda boleh mendapatkan sokongan kad mikroSD hibrid dan peranti ini turut menyokong dwi kad sim.
Peranti senipis 7.6mm dengan berat hanya 151 gram ini tampil dengan bateri 2600 mAh.
SPESIFIKASI:
Sharp M1
Harga: RM899
Pemprosesan: Mediatek MT6753
OS: Android v 6.0 Marsmallow
RAM: 3GB
Storan: 64GB
Paparan: 5.5” 1080p LTPS
Berat: 151g
SIM: Dua
Bateri: 2600 mAh
Warna: Putih dan merah jambu

Audio mantap Flash


Flash Malaysia melancarkan telefon pintar terbaru, Flash Plus 2 yang mempunyai keupayaan teknologi pengecasan pantas selain audio mantap yang dikuasakan HiFi.
Telefon pintar ini memiliki pengimbas cap jari dengan pemprosesan Helio P10 pada skrin bersaiz 5.5 inci serta beroperasi pada OS Android M.
Pengguna yang mahu mendapatkan telefon ini boleh memperoleh pilihan dua warna sama ada perak atau emas.
SPESIFIKASI:
FLASH PLUS 2
Harga: RM599 atau RM729
Pemprosesan: Mediatek Helio P10, octa core 64bit
RAM: 2GB atau 3GB
Storan: 16GB atau 32GB
Skrin: 5.5 inci FHD
Bateri: 3000mAh
Kamera: 13MP, 5MP (depan)


Monday, 28 November 2016

SAMSUNG LANCAR SEMULA JENAMA NOTE 7 DI PASARAN DUNIA?




KOREA : Samsung melancarkan semula Galaxy Note 7 selepas lebih 2.5 juta unit telefon tersebut ditarik balik bulan lalu.

Ia berikutan beberapa kes bateri telefon pintar model itu yang meletup sehingga menyebabkan kecederaan.

Bagaimanapun selepas dilancarkan di Seoul, Korea Selatan pada Sabtu, seorang pelanggan dari China mendakwa ia masih menghadapi masalah sama.

Setakat ini laporan tersebut masih tidak dapat disahkan kerana pelanggan tersebut tidak membenarkan Samsung melihat telefon pintar miliknya.

Kerugian Samsung dijangka akan bertambah berikutan keyakinan pengguna yang semakin merosot, terutama dari Korea Selatan sendiri. (Sumber)


Wednesday, 23 November 2016

Terkini Mate 9, lepas ini Porsche




Peminat telefon pintar di negara ini kini sudah boleh membeli model terbaru, Huawei Mate 9 yang dilengkapi dwikamera hasil kerjasama dengan Leica. Ia dijual pada harga RM2,699.
Huawei memperkenalkan sistem algoritma pembelajaran mesin (MLA) yang membaca tabiat penggunaan telefon pengguna bagi memproses storan, sistem dan memori secara bersepadu.
Mate 9 mempunyai keupayaan kekal beroperasi laju walaupun selepas 18 bulan menggunakannya. Bateri mampu bertahan selama 1.7 hari untuk penggunaan aktif dan ia bo digunakan sehari hanya selepas mengecasnya selam 30 minit.
Berbanding mode P9, dwikamera generasi kedua Leica membolehkan resolusi sehingga 12 megapiksel untuk RGB manakala fungsi monokro pula, 20 megapiksel.
Satu lagi model, Mate 9 (Porsche Design) dijangka diperkenalkan pada 22 Disember nanti dengan rekaan premium bersama butang pengimbas cap jari di depan berbanding Mate 9.
INFO
HUAWEI MATE 9
• Harga: RM2,699
• Warna: Emas atau coklat
• Paparan: 5.9 inci
• Pemprosesan: Kirin 960 yang mengandungi 4 x Cortex A73 2.4GHz + 4 x Cortex A53 1.8GHz
• GPU: Mali-G71 octa core
• RAM: 4GB
• Storan : 64GB, kad microSD hingga 256GB
• Kamera: 20MP monochrome, 12MP RGB, 8MP (depan)
• Bateri : 4000mAh
• Slot kad SIM: 2
HUAWEI MATE 9 (PORSCHE DESIGN)
• Harga: Dijangka RM6,999
• Skrin: 5.5 inci Curved AMOLED WQHD
• Pemprosesan: Kirin 960, Octa-core CPU (4 x 2.4 GHz A73+ 4 x 1.8 GHz A53) + i6
• Grafik: Mali-G71 MP8
• Storan: 256GB
• RAM: 6GB
• Berat: 169g
• Kamera: 20MP monochrome, 12MP RGB, 8MP (depan)
• Bateri: 4000mAh

Tuesday, 22 November 2016

Peranti untuk pekerja industri


Honeywell memperkenalkan peranti mudah alih, ScanPal EDA50 yang disasarkan kepada pekerja industri dalam usaha menjadikan mereka lebih produktif dan efisien ketika bertugas.
Peranti yang beroperasi pada platform Android terbabit mudah digunakan dan sesuai bagi apa jua jenis pekerjaan bagi memudahkan operasi syarikat.
INFO
HONEYWELL SCANPAL EDA50
• Harga: Tidak diperoleh
• Pemprosesan: Qualcomm Snapdragon 410 1.2GHz quad-core
• Skrin: 5 inci Corning Gorilla Glass
• Bateri: 4000mAh
• Sambungan industri: Bluetooth

Thursday, 17 November 2016

Telefon untuk orang muda




Bagi individu yang mementingkan bajet namun tidak mengabaikan spesifikasi telefon pintar baik untuk penggunaan harian, Samsung mengeluarkan siri J yang menepati kehendak terbabit.
Sebelum ini, siri Galaxy J datang dengan J7 (2016), J5 (2016), J3 (2016), J1 Ace, J7 Prime, J5 Prime dan sekarang model terkini J2 Prime dan J1 Mini Prime.
Ia sekali gus meleng­kapkan pilihan yang menawarkan kepelbagaian saiz skrin dan prestasi bagi memenuhi kehendak dan kemahuan pengguna berbeza.
Daripada Galaxy J1 Mini Prime sehinggalah kepada Galaxy J7 Prime, Siri Galaxy J menawarkan ciri penting yang diperlukan dalam sebuah telefon pintar daripada sambungan dan rangkaian sosial kepada merakam foto, mendengar muzik dan menonton video selain permainan dan melayari laman web.
Galaxy J2 Prime dan J1 Mini Prime menjadi penambahan terkini yang direka khusus untuk generasi muda yang mahu kekal berinternet dengan gajet canggih.
Ia membolehkan golongan muda menikmati inovasi telefon pintar terkini, reka bentuk ringkas dan fungsi menyeluruh, memberikan mereka nilai maksimum dalam pemilikan Samsung.
Apabila kebanyakan masa ciri terbaik telefon pintar tidak disertakan dengan harga yang mesra, Samsung memastikannya menepati bajet bagi pengguna untuk menikmati pengalaman lancar telefon pintar kedua-dua aspek terbabit.
SPESIFIKASI:
SAMSUNG GALAXY J2 PRIME
Harga: RM499
Paparan: 5.0” qHD TFT
Pemprosesan Quad A53 1.4GHzSambungan LTE Cat 4
RAM: 1.5GB
Storan: 8GB, slot kad mikroSD hingga 256GB
Kamera: 8MP (F2.2) + 5MP (F2.2)
Dimensi:144.8 x 72.1 x 8.9 mm
Bateri: 2600mAh
OS: Android M
SAMSUNG GALAXY J1 MINI PRIME
Harga: RM299
Paparan: 4.0” WVGA TFT
Pemprosesan: Shark LS (Quad core 1.5GHz)
Sambungan: 3G
RAM: 1GBStoran: 8GB, slot kad memori mikroSD hnigga 128GB
Kamera: 5MP (F2.2) + VGA (F2.4)
Dimensi: 121.6 x 63.1 x 10.8 mm
Bateri: 1500mAh
OS: Android M

Thursday, 10 November 2016

Dua model 'underground' Samsung


Bagi menyampaikan pengalaman melakukan aktiviti bersukan lebih baik, Samsung tampil dengan versi Gear Fit yang dipertingkatkan, Gear Fit2.
Kali ini, Gear Fit2 adalah peranti kecergasan pertama keluaran Samsung yang mempunyai ciri GPS, membolehkan pengguna merekodkan jarak larian dan masa dengan lebih tepat.
Jika kebanyakan peranti lain seumpamanya memerlukan pengguna untuk set tetapan sebelum memulakan aktiviti, namun tidak bagi Gear Fit2.
Dengan fungsi Pencatat Aktiviti Automatik, ia berupaya untuk mengesan pergerakan aktif anda sekali gus membenarkannya untuk mencatatkan kadar nadi, berbasikal dan lain-lain lagi secara automatik.

Sebanyak 4GB ruang storan diberikan untuk membolehkan pengguna menyimpan pelbagai genre muzik selain boleh memainkan lagu terus dari telefon pintar dengan sambungan Bluetooth.
Bersama kapasiti bateri 200 mAh, Gear Fit2 boleh bertahan antara tiga hingga empat hari, bergantung kepada tahap penggunaan selain datang dengan ciri kalis air IP68.
Selain Gear Fit2, Samsung juga memperkenalkan satu lagi peranti khusus yang boleh dibawa ketika bersukan iaitu Gear IconX.
Tanpa sambungan wayar, Gear IconX mampu bertahan pada kedudukan telinga dengan statik dan boleh memainkan sehingga 1,000 trek lagu yang disimpan di dalam 4GB ruang storan melalui sambungan Bluetooth versi 4.1 yang rendah tenaga.
Mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Gear Fit2, IconX dicipta untuk mengesan dan mencatatkan kelajuan, jarak, kadar degupan jantung dan kalori yang terbakar dengan panduan suara.
Dengan 15 bahasa berbeza, setiap aktiviti yang direkodkan pada peranti ini boleh di sync kan dengan aplikasi S Health, bagi memudahkan pengguna memantau rekod sedia ada.
Sekiranya kehabisan bateri, anda boleh mengecas peranti ini dengan kes yang didatangkan bersama dengannya.
INFO
SAMSUNG GEAR ICONX
• Harga: RM699
• Sensor: Kadar degupan jantung, akselerometer, sentuhan kapasitif
• OS: TIZEN
• RAM: 512MB
• Storan: 4GB (boleh memainkan sehingga 1,000 trek lagu)
• Sambungan: BT 4.1 (BLE)
• Format audio: MP3, M4A, AAC, WAV, WMA (WMA v9)
• Bateri: 315mAh, 47mAh (fon telinga)
• Warna: Kelabu, biru dan putih
SAMSUNG GEAR FIT2
• Harga: RM699
• Sensor: GPS, kadar degupan jantung, akselerometer, giro, barometer
• OS: TIZEN
• RAM: 512MB
• Storan: 4GB
• Saiz skrin: 1.5”
• Paparan: Super AMOLED
• Bateri: 200 mAh
• Warna: Kelabu, biru dan merah jambu


Saturday, 5 November 2016

Teknik penjagaan kamera DSLR


Ramai memiliki kamera DSLR, namun mengabaikan penjagaan ringkas yang mengakibatkan peranti menghadapi masalah untuk jangka masa panjang sehingga memerlukan kos tinggi untuk menyelenggara.
Antara tip ringkas yang mungkin tidak diendahkan termasuk:
1. Hendaklah dipegang dengan cermat dan berhati-hati kerana kesan gegaran, ketukan dan hentakan yang kuat akan merosakkan kamera dan lensa yang digunakan.
2. Elakkan kamera terdedah kepada sinaran cahaya matahari secara berpanjangan, begitu juga daripada habuk dan debu. Pancaran matahari secara terus ke panel LCD menyebabkan ia gagal berfungsi dengan baik dan tulisan di dalamnya akan bertukar menjadi kabur.
3. Elakkan terkena hujan atau memegang kamera dengan tangan basah bagi mengelakkan litar pintas pada panel penting yang ada pada bahagian badan kamera.
4. Apabila tidak menggunakan kamera atau lampu flash dalam jangka waktu agak lama, keluarkan bateri yang ada di dalamnya untuk mengelakkan kerosakan pada sistem peranti elektroniknya.
5. Elakkan kesan jari pada cermin lensa. Kesan cap jari mengandungi unsur minyak yang boleh merosakkan lapisan coating atas cermin lensa yang begitu sensitif.
6. Ketika mengambil gambar, pastikan juga tali kamera disangkut ke leher kita dan dililit sedikit pada tangan bagi mengelak kemungkinan kamera terjatuh.


Thursday, 3 November 2016

Desktop Acer Predator G1








Menguji desktop game Acer Predator G1 memberi impak yang besar kepada penguji. Mana tidaknya, disebabkan dekstop inilah penguji tak tidur kerana leka bermain game apabila ia memproses data game tanpa ‘lag’.
Predator G1 menggunakan GTX 1080 dan jika anda membelinya, ia ditawarkan sekali bersama beg roda bagi memudahkannya dibawa ke mana saja meskipun ia CPU.
Berbanding keluaran produk desktop Predator sebelum ini iaitu Predator G6 dan G3, G1 menampilkan kelainan dari segi paparan hiasan lampu pada desktop yang boleh ditukar mengikut cita rasa pengguna sekali gus menawarkan nilai eksklusif kepada penggunanya.
Tapi, pastikan anda benar-benar memeriksa kocek seluar kerana satu desktop ini berharga RM10,999.
Tapi dalamannya, anda memperoleh CPU Intel Core i7-6700 (8MB L3 Cache, 3.4GHz dengan Turbo Boost hingga 4.0GHz).
Ia mempunyai memori RAM 16GB DDR4 tapi tumpuan menjurus kepada grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 dengan 8GB GDDR5.
Predator G1 pandai menyesuaikan gabungan CPU dan grafik dengan baik bermakna seperti yang penguji alami, permainan menjadi lebih lancar jadi jangan terlalu leka.
Berdasarkan storan 128GB bagi SSD dan 2TB untuk HDD, ruang storan bukan masalah besar kepada kaki game.
Lagipun, dengan badan yang kompak memang memudahkannya diletakkan di mana saja di ruang rumah anda.
Input dan output pula menyaksikan pembaca kad SD, 2 x jek audio, USB 3.0 dan USB 3.1 semuanya ditempatkan di depan manakala LAN Port 6 x jek audio, 4 x USB 3.0 pula ditambah di belakang.
Apa yang ada dalam desktop ini sudah pasti tidak lagi boleh diubah suai sesuka hati bermakna tiada ruang tambahan bagi kad video kedua.
Acer Predator G1 bukanlah PC game yang mungkin diingini si tegar memandangkan pilihan konfigurasinya agak terhad.
Tapi bagi yang gemarkan premium, inilah standardnya dan pakejnya juga sangat mudah alih untuk dibawa ke mana saja.
Jika mahu menggabungkannya pula dengan set VR, Predator G1 memang padan.
SPESIFIKASI:
PRODUK: Acer Predator G1
PENGELUAR: Acer
CIRI: Desktop game
PRO: Rekaan canggih, spesifikasi tinggi
KONTRA: Tak boleh ‘customize’
LAMAN FB: www.facebook.com/ AcerMalaysia