Jenama peranti pintar terkemuka, DJI memperkenalkan warna terkini untuk peranti keluarannya iaitu Pocket 2 sekali gus memberi nafas baharu bagi produk berkenaan.
Warna baharu itu, 'Sunset White' dicipta dengan gabungan warna merah jambu, ungu dan putih kristal.
Peranti berkenaan seberat 117g sesuai untuk disimpan dalam poket seluar pendek, beg pantai atau beg tangan pengguna.
Ia juga memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan rakaman video seperti vlog tanpa perlu membawa peranti berat.
DJI sudah melaksanakan beberapa perubahan sejak melancarkan Pocket 2 beberapa bulan yang lalu untuk penambahbaikan serta keperluan pengguna semasa.
Penambahbaikan ini termasuk kepada kefungsian autofokus, penambahan HDR Video, penjejakan yang lebih baik dan banyak lagi.
Sistem DJI Matrix Stereo yang baru ditambahkan terdiri daripada empat mikrofon yang diletakkan secara strategik jauh dari pegangan tangan DJI Pocket 2 untuk memastikan bunyi rakaman yang mantap.
Kombo DJI Pocket 2 Sunset White kini boleh didapati secara eksklusif dalam talian di DJI Official Store di Shopee dan Lazada. Kombo Sunset White merangkumi Pocket 2, alat kawalan mini, alat penutup, pemegang do-it-all, adaptor telefon pintar, kabel kuasa, tali pegangan tangan dan tali sling untuk aksesibiliti dengan harga runcit RM 1,939.