Flickr Feed

Saturday, 7 October 2017

Asus Zenfone 4 Selfie Pro


ASUS mempunyai dua model kamera swafoto yang menarik jika anda mahukan imej yang hebat terpapar di skrin telefon nanti apabila lengkap dwilensa pada di bahagian depan.

Model pertama, Zenfone 4 Selfie Pro memiliki kamera depan 24 DuoPixel, format f1.8 dan sudut 120 darjah bermakna anda boleh memuatkan ramai rakan dalam satu gambar swafoto serta menghasilkan imej terang meskipun pada persekitaran pencahayaan rendah.

Lebih hebat, kamera depan juga mempunyai keupayaan merakam video 4K UHD yang pertama di dunia.

Telefon menarik ini ditawarkan dengan warna merah, emas atau hitam.

Sementara itu, Zenfone 4 Selfie menawarkan spesifikasi lebih rendah sesuai dengan harganya juga.
Zenfone 4 Selfie datang dengan kamera depan 20 megapiksel dicampur satu lagi lensa 8 megapiksel namun berbeza dengan versi Pro, format fokalnya f2.0+f2.4.

Ia beroperasi pada pemprosesan Qualcomm Snapdragon 430 octa core dengan paparan terpasang 5.5 inci jenis HD IPS 1280 x 720.

Berdasarkan RAM 4GB, ia dilengkapkan storan 64GB namun slot kad microSD menjangkau 2TB jika mahu ruang tambahan.

Baterinya sama dengan Zenfone 4 Selfie Pro namun model lebih rendah ini tidak mempunyai keupayaan cas pantas.

ASUS ZENFONE 4 SELFIE PRO

• HARGA: RM1,799
• WARNA: Merah, emas, hitam
• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 625 octa core
• OS: Android 7 + ASUS ZenUI 4.0
• PAPARAN: 5.5 inci HD IPS 1920 x 1080
• STORAN: 64GB, kad microSD
• RAM: 4GB
• KAMERA: 16MP (f2.2)
• KAMERA DEPAN: 24MP DuoPixel (f1.8) + Sudut Lebar, flash
• BATERI: 3000mAh, cas pantas
• KENIPISAN: 6.85mm

ASUS ZENFONE 4 SELFIE

• HARGA: RM1,299
• WARNA: Merah jambu, emas, hitam dan hijau
• PEMPROSESAN: Qualcomm Snapdragon 430 octa core
• OS: Android 7 + ASUS ZenUI 4.0
• PAPARAN: 5.5 inci HD IPS 1280 x 720
• STORAN: 64GB, kad microSD
• RAM: 4GB
• KAMERA: 16MP (f2.2)
• KAMERA DEPAN: 20MP (f2.0) + 8MP (f2.4)
• BATERI: 3000mAh
• KENIPISAN: 7.85mm


Gajet Malaysia

About Gajet Malaysia

Perkongsian berkenaan info - info gajet terkini yang menjadi kegemaran semua pihak.

Subscribe to this Blog via Email :