Friday, 30 July 2021

    DJI Pocket 2 Sunset White Ditambah dengan kefungsian autofokus dan HDR Video

     

    Jenama peranti pintar terkemuka, DJI memperkenalkan warna terkini untuk peranti keluarannya iaitu Pocket 2 sekali gus memberi nafas baharu bagi produk berkenaan.

     

    Warna baharu itu, 'Sunset White' dicipta dengan gabungan warna merah jambu, ungu dan putih kristal. 

     

    Peranti berkenaan seberat 117g sesuai untuk disimpan dalam poket seluar pendek, beg pantai atau beg tangan pengguna.

     

    Ia juga memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan rakaman video seperti vlog tanpa perlu membawa peranti berat.

     

    DJI sudah melaksanakan beberapa perubahan sejak melancarkan Pocket 2 beberapa bulan yang lalu untuk penambahbaikan serta keperluan pengguna semasa.

     

    Penambahbaikan ini termasuk kepada kefungsian autofokus, penambahan HDR Video, penjejakan yang lebih baik dan banyak lagi.

     

    Sistem DJI Matrix Stereo yang baru ditambahkan terdiri daripada empat mikrofon yang diletakkan secara strategik jauh dari pegangan tangan DJI Pocket 2 untuk memastikan bunyi rakaman yang mantap.

     

    Kombo DJI Pocket 2 Sunset White kini boleh didapati secara eksklusif dalam talian di DJI Official Store di Shopee dan Lazada. Kombo Sunset White merangkumi Pocket 2, alat kawalan mini, alat penutup, pemegang do-it-all, adaptor telefon pintar, kabel kuasa, tali pegangan tangan dan tali sling untuk aksesibiliti dengan harga runcit RM 1,939.

     

    Saturday, 28 October 2017

    Samsung Galaxy Note 8 Pasti Menjadi Kegilaan Peminat


    Samsung menerusi Galaxy Note 8 menawarkan suatu pembaharuan dalam model tersebut yang dilancarkan baru-baru ini.

    Memiliki skrin yang lebih besar, terang dan jelas, Galaxy Note 8 pastinya menjadi kegilaan peminat siri tersebut.

    Menurut Ketua IT dan Perniagaan Telefon Bimbit, Samsung Malaysia Electronics, KM Liew, ramai dalam kalangan pengguna telefon pintar kini mula berminat untuk menggunakan gajet yang lebih besar dan terbaik.

    Jelasnya, tidak hanya sekadar paparan yang luas, gajet tersebut juga perlu memiliki prestasi yang tinggi bagi menampung penggunaan sistem serta aplikasi yang terkini.

    “Galaxy Note 8 baharu merupakan rekaan yang telah diperhalusi sebaik mungkin bersama eksesori tambahan S Pen dan kamera berkembar yang terbaik dalam kelasnya.

    “Selain itu ia juga memiliki aplikasi dan kelebihan hiburan yang inovatif dan kebolehan yang produktif membolehkan pemilik gajet ini melakukan banyak perkara,” katanya.

    Tidak hanya berjaya mencuri hati peminat teknologi gajet, Galaxy Note 8 juga berjaya menambat hati heroin artis ternama Korea, Song Ji-Hyo yang merupakan bintang dalam rancangan terkemuka Running Man yang juga membuat penampilan khas pada majlis pelancaran gajet tersebut baru-baru ini.

    Bersama paparan Quad HD+ Super AMOLED Infinity Display seluas 6.3 inci membolehkan anda melihat paparan dengan lebih baik dan memuaskan.

    Galaxy Note 8 menawarkan lebih banyak ruang untuk anda menonton, membaca dan melukis, sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah telefon pintar pelbagai guna yang realistik.

    Pengguna Note sememangnya biasa menggunakan kemudahan bukaan tetingkap yang pelbagai (Multi Window) dan menerusi Galaxy Note 8 anda boleh membuka dan mengakses beberapa aplikasi serentak.

    Anda boleh menonton rancangan kegemaran menerusi YouTube sambil berbual menerusi aplikasi WhatsApp atau apa-apa aplikasi khidmat pesanan ringkas serentak.

    Bagaimanapun, bagi siri Note terdapat satu kelebihan yang tiada pada telefon lain, kelebihan tersebut adalah penggunaan S Pen.

    Selama Note diperkenal, pengunaan S Pen dilihat amat eksklusif bagi siri ini dan ia merupakan kelebihan yang amat memudahkan pemilik gajet tersebut.

    Bagi Galaxy Note 8, S Pen menawarkan cara terbaharu untuk menulis, melukis dan berhubung sama ada dengan telefon mahupun rakan-rakan anda.

    Ia memiliki mata pen yang lebih halus di samping sensitiviti yang tinggi serta beberapa ciri-ciri yang membolehkan pemiliknya mengekspresikan diri mereka yang sebenar.

    Tidak hanya S Pen, Galaxy Note8 juga turut dilengkapi kelebihan lain iaitu kamera berkembar dengan piksel setinggi 12 mega (12 MP) bersama Dual OIS (Optical Image Stabilisation) untuk kedua-dua jenis lensa (wide -angle, telephoto).

    Lensa bersudut luas memiliki penderia Dual Pixel bersama kelebihan pemfokusan automatik (Auto Fokus) yang membolehkan anda merakam imej dengan lebih jelas, tajam dan terang biarpun di dalam keadaan cahaya yang kurang.

    Dalam pada itu, Galaxy Note 8 juga dibina atas legasi Note sebelumnya yang memiliki pelbagai ciri unik seperti kalis air dan habuk, proses mengecas secara wayarless yang pantas, tahap keselamatan yang tinggi, prestasi yang terbaik dan menawarkan pengalaman telefon pintar inovatif yang terbaik buat peminatnya.

    SPESIFIKASI

    Jaringan: GSM / HSPA / LTE.
    Dimensi: 162.5 x 74.8 x 8.6 milimeter (mm).
    Berat: 195 gram (g).
    Paparan: Skrin sesentuh Super Amoled 16 M.
    Perlindungan Paparan: Corning Gorilla Glass 5.
    Saiz Paparan: 6.3 inci.
    Resolusi: 1440 x 2960 piksel.
    SIM: SIM tunggal (Nano-SIM) atau Hybrid Dual SIM (Nano-SIM).
    Sistem Operasi: Android 7.1.1 (Nougat).
    Chipset: Exynos 8895 Octa - EMEAQualcomm MSM8998 Snapdragon 835 - AS & China.
    CPU: Octa-core (4x2.3 GHz & 4x1.7 GHz) - EMEA Octa-core (4x2.35 GHz Kryo & 4x1.9 GHz Kryo) - AS & China.
    GPU: Mali-G71 MP20 - EMEA Adreno 540 - AS dan China.
    Memori: SD Mikro sehingga 256 GB, dalaman 64/128/256 GB.
    RAM: 6 GB.
    Kamera utama: Dual 12 MP (26mm, f/1.7, PDAF & 52 mm, f/2.4, AF).
    Kamera kedua: 8 MP (f/1.7).
    Bateri: Binaan dalam Li-Ion 3300 mAh.
    Warna: Hitam, emas, kelabu orkid, biru laut, merah jambu.
    Harga: RM3,999

    Thursday, 26 October 2017

    Radio MOTOROLA Tahan Lasak, Kalis Air dan Antidebu



    Motorola kini tampil dengan model radio mudah alih MOTOTRBO SL2M, menggabungkan kecanggihan reka bentuk yang sesuai untuk kerja profesional.

    Ia dicipta dengan ciri tahan lasak, kalis air dan antidebu.

    Dengan pad kekunci dan paparan maya, SL2M yang ringan bekenaan dijadikan sebagai alat pelbagai fungsi termasuk navigasi, audio serta data.

    SL2M turut didatangkan dengan pengulang SLR 1000 baru yang rendah kuasa bagi menawarkan cara bekerja ultra-fleksibel untuk menguasai rangkaian radio MOTOTRBO dengan memperluaskan rangkaian.

    Direka untuk penggunaan dalaman atau luaran, pengulang yang direka padanya amat mudah dipasang dan boleh dipertigkatkan mengikut keperluan syarikat.

    Malah, perisian MOTOTRBO terkini membolehkan perisian WAVE Work Group Communications untuk menghubungkan pekerja menggunakan perkhidmatan ‘push to talk’ di radio MOTOTRBO bersama rakan di desktop, telefon bimbit, tablet atau mana-mana peranti komunikasi lain.

    MOTOTRBO SL2M

    • SAMBUNGAN: Wi-Fi

    Iphone 8 dan Iphone 8 Plus Sudah Mula Di Jual



    Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang boleh didapati melalui warna perak (silver), kelabu (space grey) dan emas ros (rose gold).

    Dwikamera baru beresolusi 12 megapiksel dengan fungsi fokus auto pantas ketika pencahayaan rendah, pemprosesan piksel lebih baik dan buat pertama kali, pengurangan ‘multiband noise’ pada perkakasan.

    Ciri kamera baru, Portrait Photo Lighting diperkenalkan membolehkan anda memilih sendiri kesan pencahayaan yang mahu digunakan untuk foto dan ia bukannya ‘filter’.

    Pembesar suara iPhone 8 juga 25 peratus lebih kuat berbanding iPhone 7.

    Ia juga mempunyai keupayaan rakaman video 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.

    Cip A11 baru dalam iPhone 8 hebat bersama keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AR) yang menjadi penggerak masa depan.

    iPhone 8 bermula pada harga anggaran RM3,649 manakala iPhone 8 Plus pula bermula pada harga RM4,099. Kapasiti storan daripada 64GB hingga 256GB.

    IPHONE 8

    • HARGA: RM3,649 / RM4,149

    • STORAN: 64GB/256GB

    • SAIZ: 138.4 x 67.3 x 7.3mm

    • BERAT: 148g

    • PAPARAN: 4.7 inci Retina HD 1334 x 750, 326ppi

    • CIRI: IP67

    • PEMPROSESAN: A11 Bionic

    • KAMERA: Dwilensa 12MP, sudut lebar (f1.8) & telefoto (f2.8)

    • KAMERA DEPAN: 7MP (f2.2)

    • CAP JARI: Butang Home depan

    • BATERI: 12 jam (internet), cas pantas 50% dalam masa 30 minit

    • OS: iOS 11

    • KAD SIM: Nano

     
     
    IPHONE 8 PLUS

    • HARGA: RM4,099 / RM4,899

    • STORAN: 64GB/256GB

    • SAIZ: 158.4 x 78.1 x 7.5mm

    • BERAT: 202g

    • PAPARAN: 5.5 inci Retina HD 1920 x 1080, 401ppi

    • CIRI: IP67

    • PEMPROSESAN: A11 Bionic

    • KAMERA: Dwilensa 12MP, sudut lebar (f1.8) & telefoto (f2.8)

    • KAMERA DEPAN: 7MP (f2.2)

    • CAP JARI: Butang Home depan

    • BATERI: 12 jam (Internet), cas pantas 50% dalam masa 30 minit

    • OS: iOS 11

    • KAD SIM: Nano

    Saturday, 21 October 2017

    Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro Pasti Teruja



    Pengguna di negara ini boleh menempah model terbaru Huawei Mate 10 pada harga RM2,699 bermula 19 hingga 22 Oktober ini.

    Mate 10 secara rasmi akan berada di rak kedai elektronik pada 28 Oktober ini.

    Pembeli yang menempah awal bakal memperoleh aksesori dan perkhidmatan tambahan bernilai RM999 secara percuma.

    Huawei Mate 10 Pro pula hanya akan diumumkan awal bulan depan

    Kedua-dua model telefon pintar, Mate 10 dan Mate 10 Pro menggunakan pemprosesan Kirin 970 dan EMUI 8.0.

    Huawei Mate 10 mempunyai saiz skrin 5.9 inci manakala Mate 10 Pro, 6 inci yang masing-masing mempunyai paparan FullView dengan ratio skrin-ke-badan lebih tinggi.

    Mate 10 juga mempunyai RAM 4GB dengan storan 64GB manakala Mate 10 Pro pula datang bersama RAM 6GB serta storan 128GB.

    Meneruskan kerjasama dengan Leica, ia mempunyai kamera dwilensa jenis SUMMILUX-H dengan apertur f/1.6 dan ciri bokeh baru yang menghasilkan imej cantik.

    Ia mempunyai kapasiti bateri 4000mAh dan mampu bertahan sehari suntuk untuk penggunaan aktif.

    Sementara itu, Mate 10 Pro juga ditambah ciri IP67 yang kalis air dan debu.

    Warna ditawarkan Mate 10 Pro termasuk coklat, hitam, emas dan emas merah jambu manakala Mate 10 mempunyai pilihan warna biru, kelabu, coklat serta emas merah jambu.


    HUAWEI MATE 10


    • HARGA: RM2,699

    • KESEDIAAN: Pratempahan 19-22 Oktober, 28 Oktober (rak kedai)

    • KENIPISAN: 8.2mm

    • BERAT: 186g

    • RAM: 4GB

    • STORAN: 64GB

    • SKRIN: 5.9” HUAWEI FullView Display, 16:9 LCD Display, 2560 x 1440 piksel

    • PEMPROSESAN: Octa-core CPU (4*Cortex A73 2.36GHz + 4*Cortex A53 1.8GHz) + i7 coprocessor HUAWEI Kirin 970

    • OS: Android 8.0+EMUI 8.0

    • KAMERA: 20MP Monochrome+12MP RGB, f/1.6 + f/1.6, OIS, BSI CMOS, Dual-LED flash, PDAF+CAF+Laser+Depth auto focus, 2x Hybrid Zoom, 4K video

    • KAMERA DEPAN: 8MP, f/2.0

    • BATERI: 4000mAh

     
    HUAWEI MATE 10 PRO
    • KESEDIAAN: November 2017

    • KENIPISAN: 7.9mm

    • BERAT: 178g

    • RAM: 6GB

    • STORAN: 128GB

    • SKRIN: 6.0” HUAWEI FullView Display, 18:9 OLED Display, 2160 x 1080 pixels

    • CIRI: IP67

    • PEMPROSESAN: Octa-core CPU (4*Cortex A73 2.36GHz + 4*Cortex A53 1.8GHz) + i7 coprocessor HUAWEI Kirin 970

    • OS: Android 8.0+EMUI 8.0

    • KAMERA: 20MP Monochrome+12MP RGB, f/1.6 + f/1.6, OIS, BSI CMOS, Dual-LED flash, PDAF+CAF+Laser+Depth auto focus, 2x Hybrid Zoom, 4K video

    • KAMERA DEPAN: 8MP, f/2.0

    • BATERI: 4000mAh



    http://androidreveals.com/

    Thursday, 12 October 2017

    ASUS ZENFONE MAX vs ASUS ZENFONE LIVE



    Dua produk ASUS, Zenfone 3 Max dan Live menerima harga baru yang cukup rendah sempena jualan siber berlangsung minggu ini.

    Menariknya, model ZenFone 3 Max yang sudah pun berharga rendah iaitu RM799 juga paling murah dalam kalangan varian ZenFone 3 kini hanya berharga RM699.

    ZenFone 3 Max bukan hanya sekadar telefon tetapi kuasa bateri 4100mAh berupaya menjadi powerbank kepada telefon lain jika anda mengalami masalah kehabisan bateri.

    Sementara itu, Zenfone Live hanya berharga RM499 menjadi telefon pertama di dunia yang mampu menjalankan proses ‘beautification’ secara masa nyata sambil anda melakukan siaran langsung.

    Ia bermakna anda tak perlu risau bersolek kerana telefon akan meletakkan solekan digital terus kepada anda.

    ASUS ZENFONE MAX


    • HARGA: RM799

    • DIMENSI: 149.5 x 73.7 x 8.55mm

    • BERAT: 148g

    • OS: Android 6.0, ASUS ZenUI 3.0

    • CPU: MediaTek Quad-Core

    • PAPARAN: 5.2 inci

    • RAM: 3GB LPDDR3

    • STORAN: 32GB, slot kad microSD

    • BATERI: 4130mAh

    • KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

     
     
    ASUS ZENFONE LIVE

    • HARGA: RM499

    • STORAN: 16GB eMMC

    • KENIPISAN: 7.95mm

    • PAPARAN: 5 inci

    • RAM: 2GB LPDDR3

    • KAMERA: 13MP PixelMaster f2.0

    • KAMERA DEPAN: PixelMaster 3.0 f2.2

    • OS: Android 6.0, ASUS ZenUI 3.0

    ASUS GAMING FX553 Mampu Milik



    Laptop game mampu milik sekarang mungkin boleh didapati menerusi ASUS Gaming FX553 yang mempunyai kelengkapan pemprosesan Intel Core i5-7300HQ di samping kad grafik NVIDIA GeForce GTX1050 dan VRAM 2GB GDDR5.

    ASUS Gaming FX553 mempunyai skrin bersaiz 15.6 inci dengan resolusi HD penuh selain lengkap RAM 4GB DDR4 2400MHz yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB.

    Ia mempunyai rekaan kemas dengan papan kekunci jenis ‘chiclet’ berlampu merah dan NumLock lengkap di sebelah kanan.


    ASUS GAMING FX553

    • HARGA: RM3,499

    • Pemprosesan: Intel Core i5-7300HQ

    • GRAFIK: NVIDIA GeForce GTX1050

    • JAMINAN: 2 tahun

    • OS: Windows 10 Home

    • STORAN: 1TB 5400RPM SSH

    • PEMACU OPTIKAL: Super-Multi DVD

    • ANTARAMUKA: 3 x USB3.0, 1 x USB2.0, 1 x RJ45 LAN, 1 x HDMI

    • DIMENSI: 383 x 255 x 30 mm

    • BERAT: 2.5kg